:.

Inginkan info menarik dan terkini? Google search pasti membantu :
Google

Monday, March 17, 2008

Pendahuluan Kata

Assalammualikum dan salam sejahtera kepada anda semua.

Salam berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi melayari laman blok untuk paparan gambar-gambar UFO yang pelik, menarik dan misteri ini. Terlebih dahulu, apa yang dipaparkan, mungkin akan mencabar kepercayaan anda. Akan tetapi segalanya terpulang pada anda untuk mempercayainya. Betapa luasnya angkasa yang meliputi langit dan bumi seolah-olah mengajak kita supaya sentiasa berfikir tentang kehebatan penciptaan alam ini.

Bagi membuka tirai, kita sering mendengar cerita dan kisah-kisah mengenai kewujudan objek aneh yang terbang di langit atau lebih dikenali sebagai UFO yang boleh dilihat walau di mana-mana sahaja, tetapi persoalannya benarkah UFO itu wujud? Pernakah anda melihatnya? Apakah bukti kebenaranya? Percayakah anda dengan kewujudannya? Dan jika benar, golongan ini tergolong dalam kategori apa? Apakah golongan ini berasal dari bumi atau datangnya dari angkasa lepas yang luas terbentang? Segalanya masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Sekiranya ada teori menyatakan itu hanyalah kapal ciptaan USA yang paling canggih atau mana-mana kapal ciptaan negara maju lain yang bertujuan untuk mencari publisiti, mempermain-mainkan, menipu ataupun menakut-nakutkan penduduk dunia, ianya tidak tepat sama sekali. Berfasarkan fakta sejarah, seperti yang tertulis pada dinding gua-gua batu dan istana kuno tatkala zaman neolitik, paleolitik atau lebih dikenali zaman purba, kewujudan UFO memang tidak dapat disangkal lagi. Kehadiran UFO memang pernah di lihat manusia dahulu kala dan ianya telah lama wujud di alam ini, cuma hanya mereka yang bernasib baik sahaja dapat melihatnya.

Akan tetapi, persoalannya apakah UFO ini benar-benar tergolong dalam kategori jin atau makhluk halus seperti yang telah ditetapkan dalam pelbagai jenis kitab-kitab agama umpamanya Al-Quran. Jika itu benar, maka jin atau makhluk halus sememangnya di kenali tidak mempunyai jasad, tetapi kewujudannya memang boleh dilihat dan dirasai. Keadaan ini menjadi lebih rumit lagi apabila apa pihak yang mendakwa kononnya pernah masuk ke dalam UFO atau kapal angkasa kerana telah diculik oleh makhluk asing. Ada pula pihak yang mendakwa pernah melihat kejadian kapal UFO terhempas, dan kononnya telah berjaya menawan makhluk asing di dalamnya. Persoalan menjadi semakin bertambah rumit apabila pihak atau aktivis yang pro-UFO menokok tambah cerita yang bukan-bukan untuk tujuan publisiti murahan. Itulah sedikit sebanyak rentetan kisah – kisah mengenai kewujudan UFO.

Bagi mencari kebenaranya pelbagai kajian, teori dan andaian telah di buat oleh sesetengah golongan yang extremis. Pelbagai rujukan, kajian, idea, rumusan, teori serta formula dari saintis dan para pengkaji dari seluruh dunia di adaptasi bagi merungkai segala persoalan yang sememangnya menjadi tanda tanya. Hasilnya ?… hingga ke hari ini banyak persoalan masih belum terjawab. Seperti juga misteri kisah Bigfoot dan kewujudan naga di tasik Alps kisah UFO juga masih menjadi misteri. Mungkinkah suatu hari nanti, wujud seorang manusia yang bijak pandai, dapat mengungkap segala impian jawapan mengenai misteri kisah UFO yang sebenarnya tersurat dan tersirat. Atau, misteri cerita UFO ini akan terus mengekalkan kehebatannya dalam suatu tajuk kisah misteri yang tiada penghujung. Atau, adakah misteri kisah UFO ini akan lenyap dan hilang ditelan zaman?

Sekali lagi Terima kasih kepada anda, silalah layari laman web ini dimasa-masa akan datang kerana bahan ceritanya pasti akan menjadi lebih menarik dan akan bertambah dari masa ke semasa. Yang baik dijadikan teladan buruk jadikan sempadan. Semoga terhibur daripada saya Ewey. Terima Kasih … Salam berjumpa lagi!”

No comments:

For your service